About KERIANG HILL

KERIANG HILL terletak di kaki Gunung Keriang, dengan berpanoramakan gunung batu kapur yang mempunyai sejarah dan mitosnya yang tersendiri tersergam indah dengan hamparan sawah padi yang saujana mata memandang. Terletak 10 kilometer dari bandar Alor Setar, Kedah, negeri yang tersohor dengan jolokan Jelapang Padi Malaysia. Mempunyai 15 buah pondok yang berkonsepkan rumah kampung dengan berlainan rekabentuknya pada setiap satu. Apa yang uniknya dengan pondok ini adalah kerana ianya dipindahkan dari beberapa daerah di negeri Kedah dan di tempatkan di kaki Gunung Keriang, maka wujudlah satu resort perkampungan di dalam bandar yang dinamakan KERIANG HILL. Ketenangan dari kesibukan kota, keindahan pokok-pokok yang meredupi dan kesejukan angin dari sawah padi yang terbentang luas, sambil menikmati alam semula jadi, Keriang Hill merupakan satu tempat yang ideal bagi percutian idaman kepada yang ingin merasai suasana kampung bertepatan dengan slogan kami “Back To Kampung Life” SERENE & INSPIRING.