Services Provided by KERIANG HILL
Kami menyediakan pelbagai kemudahan antaranya ialah:
RESTORAN
The Puteri menawarkan pelbagai jenis masakan daripada masakan tempatan hingga ke masakan barat. Keenakan sentuhan Chef Nazri atau lebih mesra dengan panggilan Chef Bob disertai dengan menikmati juadah berpaksikan keindahan tasik yang tenang bersebelahan dengan restoran akan menjanjikan kepuasan kepada para pelanggan.
PENGINAPAN
Nikmati pengalaman menginap yang berkonsepkan kampung tradisional di Pondok eklusif kami yang dikelilingi oleh flora dan fauna semulajadi dimana akan memberikan memori istimewa kepada pengunjung yang hadir ke Keriang Hill. Pondok dan Pondok Keluarga kami terletak di kaki gua batu kapur Gunung Keriang yang akan memberikan pemandangan panorama indah gunung kepada setiap pengunjung.
PERKAHWINAN
Alami perkahwinan sempurna, unik & paling romantik di Keriang Hill Keriang Hill pakar dalam merancang dan mengendalikan majlis perkahwinan untuk pelbagai konsep. Keriang Hill mampu menampung sehingga lebih dari 700 orang untuk majlis perkahwinan. Nikmati perkahwinan anda dengan suasana pemandangan indah Gunung Keriang dan tempah hari istimewa anda bersama kami sekarang.
DEWAN SEMINAR
Dengan keluasan 480 meter persegi, dewan ini boleh menempatkan 250 orang pada satu masa dengan kemudahan internet, sistem siaraya, hawa dingin dan hamparan karpet amat sesuai untuk majlis-majlis perkahwinan, seminar, jamuan makan dan juga kursus-kursus
BILIK MESYUARAT
Bilik mesyuarat yang boleh menempatkan 30 orang dengan kemudahan meja mesyuarat, hawa dingin, kemudahan projector dan keluasan 108 meter persegi amat selesa untuk para pelanggan.